18 Jan 2015

Rabiatul Adawiyah Part 2


�� JUWARIAH

Setelah Rabiatul Adawiyah telah dibeli dgn harga 6dirham, lelaki gemuk itu membawa Rabiah pulang, dgn lantang dia bersuara "Isteriku, aku belikan juwariah sbgai hadiah kpdmu. Mulai hari ini tak perlu buat kerja2 rumah lg. Semua kerja rumah, serahkan shja kpd juwariah."

Setelah berkenalan dgn Rabiah. Mereka mentertawakan nama Rabiah. Entah apa yg lucu, Rabiah tidak mengendahkan.

Isteri : baiklah, mulai hari ini kau adalah hamba kami. Semua kerja dlm rumah ini adalah tugas kau dn kau perlu selesaikan. Jgn buat sesuatu sekiranya tdk diarah dan sekiranya kau mahu buat sesuatu kau perlu dptkan izin drpd kami dahulu.
Selepas beberapa lama bekerja di rumah lelaki gemuk itu dan isterinya, ternyata Allah SWT sudah tetapkan Rabiah menerima ujian yg hebat. Kedua2 tuannya itu tidak lain tdak hanya berhias dgn sifat2 buruk yg keji lagi tercela. Rabiah hanya menjadi mangsa kpd manusia yg fakir iman dn akhlak itu.

Keadaan Rabiah sungguh kasihan. Badannya kurus seakan sebulan tdak menjamah makanan malah kadang2 terdapat kesan lebam pada mukanya.

Di rumah itu, Rabiah terus membuat kerja tanpa menyoal dan merungut. Beliau tahu yg ujian ini hanya sementara. Ujian Allah SWT kpd nabi2 dn rasul2 terdahulu lebih hebat berbanding apa yg dialaminya skrg.

Kisah2 drpd Al Quran dn hadis menjadi motivasi buat dirinya. Mulutnya sentiasa terkumat kamit mengucapkan untaian zikir kepada Tuhan. Hatinya sentiasa dibulatkan kpd Sang Pencipta. Seluruh darah dan detik nadi hanya mengalir juga berdenyut pasa rasa ingat, rindu dan cinta kpd Allah SWT.

Rabiah bermunajat kpd Kekasihnya, "Ya Allah, aku tk kisah sekiranya seumur hidupku ini digelar hamba sahaja kerana tetap jua aku ini hamba kepada Mu. Aku juga tidak kisah sekiranya tidak lg bertemu dgn adik beradikku kerana tetap jua nanti kami berpisah dlm rela ataupun paksa. Namun aku tidak reda sepanjang hidupku diabdikan untuk makhluk Mu, aku tidak sanggup waktuku dihabiskan untuk hal dunia yg tentunya tidak kekal. Aku memohon peruntukan waktu hidupku demi keabdian diriku kpd Mu. Aku hanya hampa kerana kesibukan melayan keperluan dan arahan makhluk yg sama sahaja sepertiku. Aku hampir bazirkan lebih drpd separuh setiap hari ku. Alangkah indah dan manisnya sekiranya waktu2 ku dihabiskan bersama dengan Mu, Ya Allah. Harinya akan tiba, akan ku peruntukkan waktu hanya untuk Mu."

Tanpa disedari, munajat Rabiah sebenarnya sangat dekat dgn Allah SWT. Maka tidak hairanlah banyak peristiwa aneh yg berlaku kepadanya selepas itu. Kehidupan Rabiah juga berubah.

Bersambung...

��Semoga kita sama2 ambil pengajaran dgn ketawadukkan Rabiah dan bagaimana Rabiah bersangka baik dgn Allah menerima apa shja ujian yg Allah berikan kpdnya dgn redha. Redha itu apa? Redha itu bila Allah beri dan ambil sesuatu drpd kita, kita tidak bertanyakan 'mengapa'. ☺


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

No comments:

Post a Comment

Pro comments come from Awesome people ^^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013