18 Apr 2014

I'm not lost in my own world

My world, i have my own thinking.

My world has nothing to do with their world.

I have got the answer.

I'm not lost in my own world.

I'm actually lost at the others world.

Allah, finally i understand, every situation have it owns hikmah :)


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

6 Jan 2014

People's Mindset Nowadays : guru kimia ajar mengaji???

Assalamualaikum dunia alam maya... Haha

Saya ingin berkongsi cerita ustazah saya di sekolah hari ni... Ini bukanlah cerita rakyat, drama atau cerpen yang panjang meleret-leret tu.. Simple... Bila sy dengar ustazah noor fadiah ceritakan kisah tu pada kami dalam kelas, sampai sekarang saya terrrrrrrrrrrrfikir-fikir... 

Cerita nya macam ni, pada tahun 2014 ni, sekolah kami kekurangan guru pendidikan islam, sebenarnya bukan kekurangan but something like that lah since bilangan students Form 4 pada tahun ni meningkat, ada 7 hingga 8 kelas kalau x silap. Kami dulu ada 6 kelas jeh... Huhu

Oleh itu, maybe awal tahun kan, pihak sekolah tidak dapat hire guru pendidikan islam yg baru, lgpun kalau ada pertukaran guru dari sekolah ke sekolah pun mengambil jangka masa yg lama. Saya pun tidak tahu macam mana proses nya yg pasti cerita nya macam ni, ada seorang guru ni, beliau mengajar subjek chemistry time kami form 4 tahun lalu, beliau juga mengajar mathematics modern. Tapi, tahun ni, beliau dikehendaki mengajar subjek pendidikan islam pula. Pelik tak? Tak pelik kan. Cikgu kan cikgu, lantak lah mahu ajar apa.. Haha...  Lepas tu, ada student tanya cikgu kimia tadi, soalan dia berbunyi macam ni... 

Student xx : cikgu, cikgu aliran sains kan? Kenapa cikgu ajar subjek pendidikan islam? Cikgu tahu mengaji kah?

Entah lah mungkin student xx ni pelik dengan guru yang mengajar aliran sains tapi secara tiba-tiba cikgu tersebut mengajar subjek lain pula, mungkin juga student tu terkejut terperanjat kagum atau sebagainya... Kita tidak tahu, tp itu lah soalannya... Inilah sebenarnya yang PELIK.

Mahu tahu apa jawapan cikgu kimia kepada sang pelajar tadi ?

Cikgu kimia tu cakap : (senyum) mestilah tahu mengaji, bukankah kita sebagai orang islam kena tahu dan pandai mengaji...

Mendengar jawapan cikgu kimia tersebut maka pelajar tadi pun tersipu-sipu malu...

Baiklah. Inilah mindset orang zaman sekarang. Awal-awal lagi otak tu dah kena set bahawa orang yang tahu atau pandai mengaji, berdakwah, dan sebagainya, adalah kerja sang ustazah atau ustaz. Orang biasa yang bukan title ustazah or ustaz tu buat perkara biasa-biasa sahaja....

NO! Elakkan fikir macam tu, tidak semestinya dia tu ulama, ustazah or ustaz, yang kena buat semua tu. Sudah tugas kita sebagai seorang, idividu dan umat islam untuk mengamalkan kehidupan seperti orang islam. Kalau bukan kita, siapa lagi? 

Satu lagi, saya bukanlah komen, no offense, tapi saya yakin semua sekolah mempunyai kelas pertama sehingga lah yg terakhir, termasuk sekolah saya. Tapi, dalam banyak-banyak kelas dalam sekolah tu, kelas pertama adalah kumpulan pelajar-pelajar yg bijak, so, dalam minda pelajar, diorang punya mindset, pelajar kelas pertama ni, pelajar-pelajar yg bijak, alim, baik dan sebagainya.

Ok, saya ingin bertanya, adakah kelas pertama tersebut itu sahaja yang boleh atau layak jadi pelajar bijak, alim , baik dan sebagainya? Macam mana dengan kelas yang lain? Contoh lah dalam satu tingkatan tu ada 7 kelas, 1 kelas sahaja yang orang tengok or mindset org sekeliling yg berpendapat bahawa kelas ituuuuu sahaja lah satu2 nya yg bijak alim dan baik. Pelajar-pelajar dalam 6 kelas yang lain tu, tidak bijak alim dan baik kerana diorang berpendapat atau otak tu sudah set yang diorang bukan  atau tidak layak jadi macam pelajar dalam kelas pertama, sebab diorang bukan dalam kelas pertama. -_- idiots. 
Untuk lebih spesifik, hanya 1/3 sahaja pelajar yg lahir dengan akhlak yg baik bijak dalam satu tingkatan. 2/3 lagi mana?

Kalau nak taati perintah Allah, tidak perlu masuk kelas pertama pun tidak apa, just do it. Tidak susah, bak kata ustazah saya, tiada manusia yang baru lahir sudah tahu berjalan, makan, atau menulis. Semua hya bermula dengan step by step. InsyaAllah...

Marilah kita sama-sama ubah tanggapan yg buruk, jangan biarkan orang lain terkapai kapai hanya kerana kita berpeluk tubuh dan pentingkan diri..

Saya bukan lah sempurna atau baik sangat, tapi saya hanya menyampaikan sesuatu yang mungkin orang akan faham... InsyaAllah...

#pesanan buat diri ku juga.....


Create something about yourself :)




Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

5 Jan 2014

Perancangan Awal untuk SPM

Assalamualaikum wbt...

Fuhh,, alhamdulillah.. Semua kerja berjaya disiapkan... Huhu...

So, sekarang pula saya ingin meringankan jari jemari ini menaip sesuatu dekat belog hijau ni. Eheee.

Sudah sedia maklum, tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di sekolah menengah, dan juga merupakan Calon SPM 2014, oleh itu aku ingin memanfaatkan masa yang kian singkat ini habis-habisan..

Aku buat list perancangan aku untuk tahun ni...antara nya ialah...jengjengjeng..! Haha

1) belajar sejam sehari

2) banyakkan membaca

3) bersukan setiap hujung minggu

4) mengamalkan pemakanan yang seimbang, ini kerana, sebelum ni aku tidak makan sayur semua tu, i love green but i hate to eat green. Haha

5) solat solat dan solat! Kalau boleh bangun tengah malam solat sunat tahajud..insyaAllah...

6) banyakkan latih tubi, sebagai persediaan awal untuk SPM.

7) kuasai semua topik dan subjek

8) aktifkan diri dalam kokurikulum mahupun kurikukum

9) baik dengan semuaaaaaaaa orang

10) jimatkan perbelanjaan

InsyaAllah, saya akan penuhi semua perkara dalam senarai ini.. Huhu.. Anda semua doakan lah kejayaan saya, hehe.. Tp antara 10 perkara dalam list tu, no. 10 tu agak ... Agak...agak payah sikit untuk dilaksana kan,.. Haha...

Apa apa pun, marilah kita sama sama tetapkan hati kita agar segala perbuatan adalah ikhlas kerana Allah SWT.. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan olehNya ^^

Motto aku tahun ni : BE SMART AND HUMBLE



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

4 Jan 2014

FWPP's Poem #2 : You Choose

This poem i wrote for my beautiful poetry friend, Nuro Arie.
Enjoy ^^



You has two
Beautiful eyes
To see
You have been endowed
Dancing little finger
On the paper

They have one
Beautiful heart
To read
They have been deserved
They wouldn't linger
A criticsm for life

That's just what they are
But don't you worry dear
People is like a rainbow
Choose the cloudless one

Don't think
Just write

-fwpp-
20th Dec 2013 ; 2315h

Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

FWPP's Poem #1 : Wishing a Never-ever Land

Di sini
Mentari menyinar,
Nafkah.
Bebola suria melabuhkan tirainya,
Istirahat.

Di sini
Indah, semua nya indah
Tiada kerisauan yg bertandang
Hanya menikmati masa yg terbuang
Tanpa menghiraukan kerisauannya

Di sana
Mentari menyinar,
Menanti.
Bebola suria melabuhkan tirainya,
Berharap.

Di sana
Kelam, semua nya kelam
Risau menyelubungi diri
Hanya meneruskan hari hari
Tanpa harapannya

Inilah dunia yang ku cipta tanpa sedar
Suatu hari nanti
Di sini menyesal
Mohon di sana maafkan diri ini
Suatu hari nanti
Minta maaf semua di atas kekecewaan
yang aku lakukan

Kadang kadang
Aku terperangkap dengan dunia
yang ku sendiri cipta tanpa sedar
Kerana betapa peritnya kenyataan itu
Aku tak sanggup
Berpijak di bumi Tuhan yg Maha Esa

Berdoalah kepada-Nya




Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013