19 Aug 2013

Nikmat yang ada.

Alhamdulillah...ya Allah, that bad dreams.... 😭Syukur kpd Mu malaysia ialah negara yg aman. #pray4egypt

Aku bergelutan dengan kerisauan, ketakutan, dan hampir di ambang kematian semalam! Aku melihat, aku mndengar tangisan, raungan, kesungguhan manusia dalam melawan serta mempertahankan diri daripada musuh yang tidak berhenti mnghantar bom, letupan dan peperangan di antara manusia yang bersenjata dan tidak bersenjata pun berlaku.

Bangunan-bangunan konkrit selama ini yang di banggakan runtuh.. Rumah-rumah yang tersergam gah lagi indah juga roboh dek letupan bom.... Semakin lama, air semakin menaik, air bah! Ya..banjir...

Yang peliknya, aku hanya melihat pada waktu itu... Panik! Aku melihat para keluarga ku bersungguh-sungguh menyelamatkan yang lain...

Kemudian, azan kedengaran berkumandang... Tetapi peperangan masih juga diteruskan... 

Seraya aku berkata, 'imam di masjid ini sudah lama memberikan khidmatnya di sini, sehingga hari ini, beliau masih ingin berkhidmat sehingga ke titik akhir, subhanallah..' Sambil aku mendongak ke masjid itu...

Waktu berjalan....azan kedengaran...peperangan di teruskan...

Waktu berjalan...azan kedengaran...peperangan...terhenti??

Semua manusia ketika itu tidak kira musuh atau bukan, berhasrat menunaikan solat terlebih dahulu...pada waktu tu kalau saya tidak silap, agak kelam sedikit, solat isyak....

Melihat mereka, aku pun bergegas ingin solat bersama mereka di masjid itu.....

Solat dalam situasi itu, memberikan aku pengajaran...

Aku terbangun dari mimpi yang tidak enak itu... Aku bersyukur kpd Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini dan bersyukur kerana negara ini aman, tiada peperangan seperti dalam mimpi ku... Sebelum ini, aku pernah tertanya-tanya, bagaimanakah perang di egypt? Di mesir? Apakah yang telah dilalui mereka?

Oleh itu, mungkin Allah sengaja memberi aku bayangan dalam mimpi... Sungguh...hendaklah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan selama ini....
Pernah kah anda terfikir kalau setiap saat untuk bernafas ni kita kena bayar kepada Allah, rasa-rasa ada yang mampu? Hatta jutawan sekalipun, tidak akan mampu bayar sehingga ke tua...

Solat. Doa ialah senjata dan jangan lari dari pegangan agama. Biar teguh, kukuh, dan tegar.

Jangan nilai orang lain, nilai diri sendiri, kita yang bagaimana?
Aku, yang di mana?



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013