17 Nov 2013

Kek Gulung Keju

Bahan-bahan:
12 kuning telur.
4 biji putih telur.
100 gram gula halus.
1 sudu besar ovalet.
80 gram tepung gandum.
40 gram susu tepung.
125 gram marjerin (cairkan).

Isi :
250 gram mentega.
200 gram keju cheddar (diparut).

Cara-cara membuat :

1. 
- Putar kuning telur, putih telur, gula halus dan ovalet sehingga kembang.
- Masukkan tepung gandum dan susu tepung lalu putar perlahan sehingga sebati.
- Tuangkan marjerin cair, putar.

2.
- tuang adunan ke dalam loyang atau tin pembakar (ikut yg bersesuaian) yg telah dilenser dgn marjerin dan dialas dgn kertas minyak.
- masukkan dalam oven dan bakar sehingga masak.
- angkat dan sejukkan.

3.
- terbalikkan kek span dan sapu dengan krim mentega
- tabur keju parut dan gulung sehingga padat dan kemas.


TAMBAHAN :

Krim Mentega
500 gram mentega putih.
1 tin susu pekat manis.
( sukatan adalah mengikut kesesuaian anda )


Selamat mencuba !



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

1 comment:

Pro comments come from Awesome people ^^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013