14 Nov 2013

Chocolate Lover Cake

Bahan A (kek coklat)
10 biji kuning telur.
5 biji putih telur.
80 gram gula pasir.
12 gram ovalet.
60 gram tepung gandum.
20 gram serbuk coklat.
20 gram tepung jagung.
110 gram mentega (cairkan)

Bahan B (coklat ganache)
325 gram coklat masakan (perhatian: tidak boleh guna coklat biasa seperti cadburry)
60 ml susu cair.
200 gram mentega.

Bahan C (campur menjadi satu)
200 gram gula pasir.
400 ml air panas.

Cara-cara membuat :

1. BAHAN A :
- ayak tepung gandum, serbuk coklat & tepung jagung ke dalam satu bekas, asingkan.
- putar telur, gula & ovalet dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
- kalau sudah kembang, masukkan campuran tepung gandum tadi sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga rata.
- then, tuangkan mentega cair, gaul perlahan dengan menggunakan spatula hingga rata.

2.
- tuang ke dalam 3 buah loyang yang berbentuk hati atau 'love' ( tidak guna loyang bentuk hati pun xpa hehe ) yang telah dilumur dengan sedikit marjerin.
- bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 15 minit hingga masak.
- kalau nak tahu macam mana kek tu dah masak atau belum, cucuk dengan toothpick, kalau toothpick yg di keluarkan setelah di cucuk tadi adalah bersih, maka kek tu dah masak sepenuh nya :)


3. BAHAN B :
- cairkan susu dan coklat masakan menggunakan kaedah 'double boiler'.
- dah cair, masukkan mentega, gaulkan sehingga rata.
- angkat dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk.
- putar menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang.

4. 
- ambil sebiji kek, sapu dengan Bahan C, lepas tu lapiskan lagi dengan coklat ganache.
- tutup dengan sebiji kek dan sapu semula dengan Bahan C dan coklat ganache.
- lakukan cara yg sama hingga menjadi 3 lapis.
- simpan di peti sejuk sehingga ia agak keras.

5. Hiasan :
- keluarkan kek daripada peti sejuk tadi, sapu seluruh permukaan kek dengan coklat ganache, hias mengikut kreativiti.

Semoga ini membantu anda dan selamat mencuba ^_^


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

No comments:

Post a Comment

Pro comments come from Awesome people ^^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013