22 Nov 2013

Bahana Ananiyyah

"PERHATIKAN LAH, MANUSIA BENAR-BENAR MELAMPAUI BATAS KERANA IA MEMANDANG DIRINYA SERBA SEMPURNA (TIDAK PERLU SESIAPA)"

Hari ni saya ingin menyentuh sedikit tentang sikap ananiyyah ni, iaitu sikap merasa tidak perlu iaitu istighna. Sikap yg mendesak seperti ini muncul daripada perasaan tinggi hati. Ini adalah salah satu buah daripada 'pohon' sombong dalam diri seseorang. Sikap ini menjadikan pemiliknya cenderung melakukan semua kerja dan menyelesaikan sesuatu tanpa bantuan, meskipun tanpa nasihat sesiapa pun. Pemilik ini tetap menganggap pendirian, kemampuan, dan pengalamannya sendiri sudah cukup menyelesaikan segala masalah yg ada. Apabila tidak mampu menyelesaikan masalah, dia menganggap orang lain pun tidak mampu menyelesaikannya juga.

Ananiyyah adalah sikap dan perilaku yg selalu ingin menonjolkan diri seperti egoisme, iaitu sikap dan keperibadian yg menilai segala sesuatu berhasil dan lancar hanya dengan dan melalui dirinya sahaja. Sikap ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai kerjasama, perbincangan, kepercayaan antara satu sama lain dan prinsip kerjasama. Justeru, kerendahan hati adalah perkara yg paling penting dalam aktiviti berkumpulan. 

Seseorang yg bersikap ananiyyah cenderung memperlekehkan kemampuan org lain serta menilai pekerjaan org lain sebagai suatu keburukan dan kegagalan. Seseorang seperti ini sepatutnya melatih diri dengan langkah-langkah berikut :

💚 Pertama, mengukur kemampuan dan kelemahan yg dimilikinya.

💚 Walaupun kemampuan yg dimilikinya cukup banyak, apakah ia sendiri mengerjakan keseluruhannya dalam satu waktu dan tempat secara bersama?

💚 Menyedari dan mengakui cukup ramai org lain yg memilikinya kemampuanmyg lebih tinggi dan lebih luas daripada dirinya.


Saya ingin berkongsi tentang sikap ananiyyah ni, ya dulu saya pernah mengalaminya. Setelah saya duduk termenung dan mengenangkan apa yg saya telah lakukan, saya menyedarinya bahawa sikap tersebut tidak akan memberi impak yg positif kepada diri ini. Oleh itu, mula kan segala hal dengan niat kerana Allah SWT, bukan untuk diri sendiri semata.




Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

No comments:

Post a Comment

Pro comments come from Awesome people ^^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013