20 Aug 2013

Menunggu? Bukan aku...

Assalamualaikum bloggers...
Kepada pembaca setia (walaupunxda) , terima kasih lah ye kerana setia menunggu entri demi entri dari saya yg jarang meng'update ini . Hahahahahaha.

Aku? Tak suka menunggu. Bukan tiada kesabaran dalam diri ni, tapi, aku tidak suka menunggu, tidak kira lah sedang menunggu bas, makanan, or whatsoever lah. Sebab aku rasa masa tu agak berharga..... Takkan lah aku kena bazirkan masa yang berharga ini dengan menunggu, tuptup, cancel pula... Arghh ni yang buat aku geram, sangat... Faham tak...faham tak.....

Lagipun, kalau lah semua orang menepati masa , kan best, hmmm kata pukul 9am...Tapi sekarang sudah pukul 10:53am....

Maybe adalah tu perkara2 yang tidak dapat di elakkan, kita hanya merancang, Allah yang menentukan......

Semoga program hari ni langsai! 


Okay---





Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

How to decorate your drink?

Credit : Creative and Innovation Designs (facebook page)

Meh sini cuba try test. Hehehe


Click untuk imej yang lebih besar.

Good luck !! ^^


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

19 Aug 2013

Nikmat yang ada.

Alhamdulillah...ya Allah, that bad dreams.... 😭Syukur kpd Mu malaysia ialah negara yg aman. #pray4egypt

Aku bergelutan dengan kerisauan, ketakutan, dan hampir di ambang kematian semalam! Aku melihat, aku mndengar tangisan, raungan, kesungguhan manusia dalam melawan serta mempertahankan diri daripada musuh yang tidak berhenti mnghantar bom, letupan dan peperangan di antara manusia yang bersenjata dan tidak bersenjata pun berlaku.

Bangunan-bangunan konkrit selama ini yang di banggakan runtuh.. Rumah-rumah yang tersergam gah lagi indah juga roboh dek letupan bom.... Semakin lama, air semakin menaik, air bah! Ya..banjir...

Yang peliknya, aku hanya melihat pada waktu itu... Panik! Aku melihat para keluarga ku bersungguh-sungguh menyelamatkan yang lain...

Kemudian, azan kedengaran berkumandang... Tetapi peperangan masih juga diteruskan... 

Seraya aku berkata, 'imam di masjid ini sudah lama memberikan khidmatnya di sini, sehingga hari ini, beliau masih ingin berkhidmat sehingga ke titik akhir, subhanallah..' Sambil aku mendongak ke masjid itu...

Waktu berjalan....azan kedengaran...peperangan di teruskan...

Waktu berjalan...azan kedengaran...peperangan...terhenti??

Semua manusia ketika itu tidak kira musuh atau bukan, berhasrat menunaikan solat terlebih dahulu...pada waktu tu kalau saya tidak silap, agak kelam sedikit, solat isyak....

Melihat mereka, aku pun bergegas ingin solat bersama mereka di masjid itu.....

Solat dalam situasi itu, memberikan aku pengajaran...

Aku terbangun dari mimpi yang tidak enak itu... Aku bersyukur kpd Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini dan bersyukur kerana negara ini aman, tiada peperangan seperti dalam mimpi ku... Sebelum ini, aku pernah tertanya-tanya, bagaimanakah perang di egypt? Di mesir? Apakah yang telah dilalui mereka?

Oleh itu, mungkin Allah sengaja memberi aku bayangan dalam mimpi... Sungguh...hendaklah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan selama ini....
Pernah kah anda terfikir kalau setiap saat untuk bernafas ni kita kena bayar kepada Allah, rasa-rasa ada yang mampu? Hatta jutawan sekalipun, tidak akan mampu bayar sehingga ke tua...

Solat. Doa ialah senjata dan jangan lari dari pegangan agama. Biar teguh, kukuh, dan tegar.

Jangan nilai orang lain, nilai diri sendiri, kita yang bagaimana?
Aku, yang di mana?



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

2 Aug 2013

Holiday is Start Now !


Friday. Today is a last friday of ramadhan. Ouuuw , I don't wanna this ramadhan end too fast T_T

Hari ni ada perhimpunan dekat sekolah. Guru-guru tidak lupa untuk memberikan nasihat. I still remember how Ustazah Noor Fadiah said at class to us...

Ustazah : "Bulan ramadhan berakhir tidak lama lagi, apa persiapan kamu semua?"

Kami : buat kuih! beli baju raya! beli perabot! blablabla....

Ustazah : kelasssss, itu semua kan hanya perhiasan... maksud ustazah, apa amalan yang kamu semua mahu buat sebelum berakhirnya bulan ramadhan ni?

Saya : ustazah, jemaah dekat surau semakin kurang.. itu lah yg terjadi selalu nya kalau dekat-dekat mahu raya ni...

Ustazah : jangan tengok orang lain... diri sendiri, apa yang kamu mahu lakukan? banyak-banyakkan lah buat amalan baik, baca al-quran..berzikir... berusaha untuk mendapatkan ganjaran pada malam qadar tu...jangan melakukan perkara yang lagha(sia-sia) pada bulan yg mulia ini...

Selepas ustazah berkata demikian, aku terkedu... astaghfirullahalhazim.... Ya Allah, hina nya aku... kerdilnya aku... malunya aku kepada Mu.... semoga aku sentiasa di jalan yang Engkau redhai ya Allah....
*sila renung-renungkan*

Selepas guru-guru berucap, kami diberi peluang untuk bersalam-salaman sambil mengucapkan selamat hari raya kepada cikgu...dengan diiringi lagu aidilfitri... haha... terasa awal juga mood raya ni kan... tapi aku dah tak berapa suka hari raya ni.. sebab insan-insan yg disayangi sudah berada dengan Yang Tersayang... rindunya bersama mereka...

Malam ni bercadang nak tidur awal.... tapi terstuck pulaaa, (update blog punya pasal) hihi. Esok kami ada sesi penggambaran untuk Digital Story Telling (DST). InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusannya... Wish we best of luck guys ! **wink

p/s; sebelum tidur, baca doa. ^^



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013