15 Dec 2012

How To Start Your Day With Looking Younger and Better ^_^



Assalamualaikum w.b.t and Have a nice day !


Ucaplah alhamdulillah setiap kali bangun sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk menarik dan menghembus nafas di dunia ini. Ya ! Ucaplah alhamdulillah kerana kita masih boleh berdaya dan bertenaga untuk mencari rezeki. Ucaplah alhamdulillah ketika kita ditimpa kesusahan kerana sesungguhnya Allah sedang menguji kita, pasti setiap ujian ada hikmahnya. Jangan lupa untuk bersyukur dan mengingati Allah pada setiap masa dan setiap hari. Semoga dengan cara itu, Allah permudahkan segala urusan kita, amin.

Nak muda setiap hari? Boleh. Setiap kali bangun dari tidur, ambil wudhu dan solat subuh. Lepas tu, bisik kepada diri sendiri, bagi motivasi kat diri sendiri, fikir benda-benda yang positif. Seperti, " Hari ni saya mesti gembira, tak kira apa yang terjadi saya mesti kuat menjalani dugaan. "
Mengapa? Pernah tak dengar pepatah P.Ramlee dulu-dulu, "Jangan marah nanti cepat tua", hehe.
Kita mesti bijak mengawal emosi, jangan bangun dari tidur dah marah-marah atau tak gembira, nanti mental tak sihat. Kalau mental kita tak sihat, susah nak berfikir dengan lebih rasional dan lebih cenderung dengan kemurungan.
Sama lah juga dengan jangan selalu makan hati atau sakit hati, kalau tak gembira, luahkan dan cuba maafkan semua orang yang membuat kesalahan kepada kita. Kakak senior saya kata, orang yang pemaaf awet muda tau, huhu. Sebab hati dia bebas dari segala sakit hati bagai, dan senang mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.
Dulu ustazah pernah menceritakan kepada saya tentang seorang budak ni yang sangat membenci musuhnya. Lalu cikgu kepada budak tu menyuruh budak tu membawa pisang kemana-mana sahaja, bilangan pisang tu sama dengan orang yang dia benci. Wah! Banananana ~ Haha. Okay-okay, macam ni, budak tu pon pak turut sajalah, dia membawa pisang-pisang tersebut kemana-mana sahaja dia pergi sampai suati\u ketika dia datang berjumpa cikgu dia, "Cikgu, saya dah tak larat lah bawa pisang ni lagi, dah buruk, busuk pula tu!".
Cikgu tu pon cakap kat budak tu, " Haa, macam tu lah hati awak sekarang sekiranya tak memaafkan orang yang berbuat salah dengan awak, kita tak boleh benci saudara kita sendiri, jadilah seorang yang pemaaf. "

Hmm, nampak macam senangkan? Tetapi yang sedihnya orang zaman sekarang ni jangan kata nak minta maaf, ucap terima kasih pun berat nak cakap, apatah lagi nak senyum?? Ingatlah bahawa tak selama-lama kita berada di atas, bukankah hidup ini ibarat roda. Karma itu memang ada. Percayalah kepada janji-janji Allah S.W.T

Fuhh, panjang lebar juga saya taip kan. Hehe. Apa-apa pun, senyum dan selamat beramal !


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013